Pemburu Pelangi: Kalau Nak Berjaya,Mesti Yakin Pada Diri Sendiri!

Kalau Nak Berjaya,Mesti Yakin Pada Diri Sendiri!

/
2 Comments
wah!nampaknya sekarang aku banyak menulis entry yang bermotivasi.Rasa macam nak pegang balik lah jawatan aku sebagai Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) di sekolah.Oh ye,aku bukan kena lucut jawatan ke apa tapi aku yang tak nak bagi tahu dekat guru kaunseling sekolah baru aku tu yang aku PRS di sekolah lama aku.hehe..Sebabnya,baju PRS sekolah baru aku ni tak cantik!warna kuning.aku benci sungguh warna kuning!hehe..memilih pulak! =_=" *wink

ok,abaikan.aku rasa tak perlu kot aku bagi tahu cikgu.Biarkan sahaja aku jadi murid biasa di sekolah.Lagipun,tahun ni aku bakal menduduki PMR jadi aku tak nak menambah beban yang sedia ada tetapi aku tetap dan akan sentiasa memberi nasihat kepada rakan-rakan yang memerlukan nasihat aku.

Aku ni nampak seperti seorang yang bermotivasi,tetapi aku sendiri kadang-kadang susah untuk memotivasikan diri aku.Tapi,aku sentiasa cuba untuk berfikiran positif.Tetapi,agak susah jika kita ingin berfikiran positif kalau kita mempunyai rakan-rakan yang berfikiran negatif.Contohnya,bile nampak orang ni,orang tu ada saja yang tak kena padahal diri sendiri pun tak betul.Apa yang aku boleh katakan disini

SILA CERMIN DIRI ANDA DULU.

Ni lah yang membuatkan aku kurang suka berkawan dengan perempuan.Sikit-sikit GOSIP.Kutuk sana kutuk sini,apa kau fikir kau tu perfect sangat?bagus sangat sampai kau boleh nak kutuk orang sesuka hati kau saja?

eh,lupa nak bagitahu.Jangan ingat semua perempuan macam tu ya!tak semua perempuan suka gosip.

Ok,aku nak cerita sedikit pasal keyakinan diri.Hari tu hari jadi kawan aku,kiteorang sambut dekat Sunway Pyramid.Aku cakaplah dekat dia yang aku teringin sangat nak main ice skating tapi aku tak reti main.Dia pun ajaklah aku main dan kami dikenakan bayaran sebanyak RM32 seorang.

Lepas dah pakai stokin,kasut,glove.Apa lagi,masuk lah dekat tempat tu.Takut jugak aku.Nasib baik ada kawan yang bagi sokongan.Aku cuba untuk membiasakan diri.Kalau nak mahir main Ice Skating lebih senang jika kita reti main kasut roda.Tapi,

JANGAN KATA ICE SKATING,KASUT RODA PUN AKU TAK RETI MAIN!

Ramai juga lah yang jatuh semasa tengah main ice skating.Aku dengan takutnya apa lagi control ayulah takut jatuh.Tapi,akhirnya aku jatuh jugak.=_="
basah seluar aku.....!
Masa tu aku mula lah bermonolog..

"SUMPAH AKU TAK NAK MAIN DAH BENDA NI!"

Tapi,takdelah malu sangat masa tu sebab bukan aku sorang saja yang jatuh.
Aku meneruskan perjuangan.Kali ni kawan aku main sambil memegang tangan aku.Aku mengambil kesempatan untuk melihat cara orang bermain ice skating dan cuba meniru gaya mereka.Bak kata cikgu aku,MENIRU ADALAH SALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN.

Aku geram dengan diri aku sendiri,kenapa aku tak boleh main benda alah ni sedangkan budak kecik pun reti main aku tengok.Jadi aku membuat keputusan untuk bermain seganas mungkin.Lantak lah nak jatuh ke apa ke.Akhirnya,aku berjaya sedikit.Walau pun tidak sehebat orang lain tapi sekurang-kurangnya bergerak lah jugak aku.

Ok,lagi satu cerita pasal keyakinan diri.Kawan aku yang aku keluar main ice skating ni mempunyai sebuah keluarga yang menggunakan bahasa inggeris untuk berinteraksi sesama mereka.Aku faham apa yang mereka cakap tetapi kalau mereka cakap bahasa inggeris dengan aku,susah untuk aku balas balik dengan menggunakan bahasa yang sama.This is because I lack of confident(eh,terspeaking pulak).
Aku cuma kurang keyakinan diri,susah nak bercakap dalam bahasa itu.Kalau tulis,hantar meseg ke apa aku boleh tapi kalau cakap.......harap maklum,kena ada skrip.Kalau ada skrip dekat tangan,aku akan cakap dengan lajunya sebab aku pernah masuk pertandingan choral speaking dulu.

Cikgu bahasa inggeris aku selalu suruh kiteorang cuba cakap dalam bahasa inggeris.Ok,aku bukannya bodoh sangat tak reti nak speaking.Markah kertas bahasa inggeris aku pada ujian pertama yang lepas,yang soalan objektifnya adalah soalan yang diambil dari soalan PMR 2009 (aku baru tau,rugi tak hafal jawapan.hehe) agak memuaskan dan aku pelajar melayu yang markahnya paling tinggi dalam kelas.(bangga sikit,sekali sekala tak ape)

Kawan-kawan sekelas aku yang pelajar melayu adalah jugak dalam 2-3 orang yang gagal.Diorang terkejut sebab pertama kali diorang gagal subjek ni.Mula-mula aku dapat kertas,aku fikir aku lah yang paling bodoh teruk sekali dalam kelas sebab aku dapat 78% sahaja.Almaklumlah,budak-budak kelas aku ni kebanyakkannya otak geliga terutamanya pelajar cina.Diorang sangat hebat dalam subjek matematik sampai aku tension ada classmate macam diorang.Nak je aku buat pembedahan otak,dapat amik otak diorang sikit pun jadilah.(merepek)

Oklah,bermula dari sekarang aku akan cuba bercakap dengan segelintir pelajar cina dan india kelas aku yang apabila mereka berinteraksi,mereka akan menggunakan bahasa inggeris sekiranya orang yang berinteraksi dengan mereka bertutur dalam bahasa inggeris begitu juga sebaliknya.

Apa yang penting?(wonderpet tanya)
aku jawab : bukan kerjasama,tak ada kena mengena pun dengan keyakinan diri...

ok,apa yang penting?

REDAH JE!

KALAU NAK BERJAYA,MESTI YAKIN PADA DIRI SENDIRI!

renung-renungkan dan semoga berjaya!

kata-kata terakhir : Selamat Malam,mimpi indah-indah ye! :DD


You may also like

2 comments:

nuriz said...

wah ! adik ni baru 15 tahun ke.pandainya mengarang..teruskan usaha :)

katie said...

yup..baru 15 tahun..hehe..thanks....salah satu cita-cita nak jadi novelist...so,kena lah pndai mengarang kalau nk jadi novelist...thanks again.. :)