Pemburu Pelangi: Trend Ada Juga Baiknya !

Trend Ada Juga Baiknya !

/
1 Comments

 Kawan aku pernah tanya, macam mana kau pakai shawl? dan aku jawab 
“Kau lilit ajelah, tak ada sape pandang pelik.” 
Maksud aku lilit yang boleh menutupi aurat dan tidak menampakkan rambut,leher dan sebagainya. Dan sebab apa aku kata tak ada siapa yang akan pandang pelik? Sebab sekarang memang banyak style yang pelik-pelik, pakai 3 shawl dalam satu masa dan macam-macam lagi lah…So, kalau kita main lilit-lilit je pun, siapa kisah? Masyarakat dah lali tengok. (pada pendapat aku lah)
Aku ada banyak baca entri-entri yang menunjukkan ramai yang menghentam atau tidak suka dengan trend pemakaian shawl atau adik beradik shawl yang sewaktu dengannya seperti pashmina..
Nasihat aku disini, janganlah disebabkan segelintir orang yang memakai shawl tapi nampak leher,nampak rambut yang serupa ‘baik tak payah pakai tudung’ tu, terus nak menghentam golongan-golongan yang gemar memakai shawl ni. Kita kena tengok cara pemakaian seseorang itu bukan jenis tudung apa yang dia pakai. Aku pernah je tengok tudung bawal yang jarang sampai boleh nampak leher, warna hitam pulak tu.
 Boleh bukak kedai tak?hehe..
Aku juga penggemar shawl, lihat sajalah berapa banyak shawl yang aku ada ni,ni pun bukan semua, ada lagi. Aku akan memakai shawl bila aku tak nak pakai cermin mata. Aku akan pakai tudung bawal bila aku pakai cermin mata. Aku pemakai cermin mata sejak sekolah rendah lagi, darjah 4 ke 5 aku tak ingat sebab aku rabun jauh. Tapi aku sangat tak suka memakai cermin mata sebab aku tersangat lah lack of confident bila memakai cermin mata. Baru sekarang aku mula rasa yakin untuk memakai cermin mata di khalayak ramai bukan seperti sebelum ini aku hanya memakai cermin mata hanya di dalam kelas dan dirumah sebab aku sudah menjumpai cermin mata yang betul-betul sesuai dengan aku. Tapi aku belum berkeyakinan untuk memakai cermin mata apabila mengenakan shawl, bukan aku tak pernah cuba,pernah. Cuma aku rasa tersangat lah peliknya muka aku !
Berbalik kepada trend. Aku rasa tak salah kalau nak memakai shawl kalau kena dengan cara pemakaiannya. Shawl banyak kebaikannya, tapi aku tak nak cakap pasal kebaikan shawl sebab aku rasa sesiapa yang gemar memakai shawl pasti tahu kebaikan shawl. Tapi aku nak cakap pasal kebaikan wujudnya TREND MEMAKAI SHAWL. Sebut saja pasal trend, mesti ramai orang yang suka ikut trend terutamanya golongan perempuan. Mungkin takut dicop kolot atau ketinggalan zaman atau sekadar hendak mencuba sesuatu yang baru. Apa yang baiknya, aku tengok orang yang sebelum ni kita tengok tak pakai tudung tup tup terserempak dengan orang tu nampak dia pakai shawl bukan main lagi dengan style-style terkini tu. Ayu aje bila pakai tudung. Mungkin niat dia bukan untuk menutup aurat kerana ALLAH dan mungkin dia hanya cuma mengikut trend. wallahualam. Tapi kalau kita tengok dari sudut lain, sekurang-kurangnya orang lelaki yang pandang dia tu tak adalah dapat dosa sebab tak tengok aurat dia.(aku maksudkan orang yang memakai shawl tanpa nampak rambut,leher yang serupa ‘baik tak payah pakai tudung ’tu). Kita kena selalu fikirkan pro dan kontra. Jangan asyik berfikiran negatif saja.
Dan sedikit pesanan aku disini, aku pernah search dekat encik google, tudung yang menyerupai paderi dan setakat ini aku hanya jumpa  tudung awning(aku bahasakan tudung indon) yang dipinkan di belakang leher, mesti korang pernah tengok punya. Senang cerita, tudung yang menampakkan bentuk leher atau lebih tepat ketat di bahagian leher menyerupai paderi. So, JANGAN PAKAI OKEY!
Aku ada satu video yang sesuai untuk dikongsikan..


Jangan mudah annoying dengan cara percakapan dia, ni memang cara dia dan aku rasa dia sangat berani dan matang. Dia ada point yang cuba dia nak sampaikan.


You may also like

1 comment:

Little_Scha said...

sorry nak menyemak jap..hehe
dah buat duit dgn nuffnang kan?
churpchurp plak?
kalau blom jom sign up

http://www.churpchurp.com/fairypwencessblogspotcom/share/churpchurp-invite