Pemburu Pelangi: Pelik Tapi Tetap Comel

Pelik Tapi Tetap Comel

/
10 Comments
Kawan baik aku pernah cakap… lebih kurang macam ni lah..

 “Dalam banyak-banyak orang PELIK yang kiteorang pernah jumpa, Kau lah orang yang paling PELIK !”

Aku Cuma mampu tersenyum je masa tu.. Tapi alangkah bagusnya kalau kawan-kawan baik aku ni cakap..

“Dalam banyak-banyak orang COMEL yang kiteorang pernah jumpa, kau lah orang yang paling COMEL !” hee~

Tapi jadi orang paling pelik cool ape. PELIK ITU UNIK ! Terima kasih kawan..

Dari haritu lagi aku nak join aktiviti ke-8 Geng Fiq’ra ni tapi baru hari ni dapat join..



Blogger Card


Banner yang comel ! rasa macam nak test je letak anak kucing dalam cawan..hee~ 

oh, klik banner comel tu kalau nak join okey?

Aku mula dengan...

10    10 PERKARA COMEL :

  1. Muka yang comel (orang yang cakap). Muka aku spesies yang tak matang, dulu masa form 3 kalau tak salah aku penah ada orang cakap muka aku macam umur budak 5 tahun, ada yang cakap aku form 1. Macam-macam.
  2. Aku sangat-sangat OBSES dengan benda-benda yang comel tak kisah lah barang apa sekali pun. Terlalu banyak koleksi barang comel yang aku ada, aku rasa kalau aku tangkap gambar tak muat satu gambar. Aku pernah beli kipas kecik yang guna bateri tu tapi bentuk teddy bear, bila nak guna kena cabut kepala bear tu lepastu baru on kan.. hee~ sangat comel. Bila kawan aku tunjukkan sesuatu yang dia rasa comel tapi aku tak menunjukkan sebarang reaksi, tu maknanya benda tu belum cukup comel. 
  3. Perangai macam budak-budak.Aku suka peluk teddy bear bila nak tidur. Aku nakal,dulu selalu kacau budak-budak senior lelaki yang skema-skema, yang terlalu baik dan pendiam sampai aku pernah jadi kawan perempuan pertama yang senior aku pernah cakap dalam telefon, kawan perempuan pertama yang keluar makan dengan dia. Aku rasa diorang pun patut ada kawan untuk bergelak ketawa dan hidup macam student-student lain. Tapi lama-lama aku cuba kurangkan kenakalan aku sebab ramai yang tangkap cintan dengan aku sebab perangai aku yang nakal dan sekarang aku lah senior kat sekolah *HAHA (gelak bangga) so, dah tak ada senior lagi yang aku nak kacau!
  4. Suka kamera Lomo dan ada dua kamera Lomo, satu digital satu analog. Bagi aku kamera lomo sangat comel dan unik ! Nampak macam mainan je kan? Tak tau apa itu lomo? Nah KLIK SINI *nak guna DSLR tak mampu.. Lomo pun okey ape !
  5. Selalu mengekspresikan rasa terkejut dengan mengeluarkan bunyi terkejut walaupun takde apa yang perlu diterkejutkan sangat. Hee~ *saje  nak bagi member annoying! 
  6.   Bila gaduh dengan orang especially kawan baik, aku yang akan menangis selalunya.
  7. Suka kucing parsi sebab kucing parsi tersangat-sangatlah comel. Harap-harap satu hari nanti dapatlah bela satu kat rumah !
  8. Kalau orang lain baca komik sekejap, aku pulak baca komik macam baca novel !*over pulak, takde lah sampai macam baca novel tapi lama la jugak.. bila aku baca komik cinta, aku suka tengok satu-satu lukisan dan watak-watak yang ada dalam komik tu. Lagi-lagi bila watak-watak dia comel-comel dan handsome-handsome. Kalau segelintir perempuan lain akan teruja bila nampak lelaki handsome dekat depan mata tapi aku lain, aku tak teruja tengok lelaki handsome dekat depan aku tapi aku teruja bila tengok watak lelaki dalam komik yang handsome-handsome. Hee~
  9. Suka gigit straw bila minum guna straw.. *sebab tu lambat habis.
  10. Tak suka orang tengok aku makan especially lelaki..Rasa tak selesa dan malu sangat. Pernah sekali aku breakfast dengan encik boyfie jadi macam ni :
Aku : Jangan lah tengok saya makan !
Dia: Siapa suruh awak duduk depan saya.
Aku: Siapa suruh awak tengok saya. *nak jugak menang.

Dan aku makan lambat(plus comot) sampai pernah kena sindir dengan kawan aku 

            "Sempat lapar balik nak tunggu Katie habis makan." Cis!

 10 Perkara yang pelik tentang aku pulak :
  1.  Pertama sekali, nama aku. Nama aku KHATIJAH NUR AIN. Ramai orang kata nama aku pelik (yang kata sedap pun ramai). Mungkin sebab NUR di tengah-tengah atau selalunya kita akan jumpa orang nama siti khadijah atau khatijah je tapi nama aku KHATIJAH NUR AIN. Ada tambahan NUR AIN di belakang KHATIJAH. Tapi takpe, aku suka. PELIK ITU UNIK. *kreatif tak mak aku?
  2. Selalu nangis sebelum tidur sampai lah aku tertidur. Kalau aku ada masalah, aku akan cuba untuk bertahan sampai malam, bila aku nak tidur aku akan nangis sepuas-puasnya sampai aku tertidur.
  3.   Selain obses dengan benda-benda comel aku jugak suka barang-barang yang pelik, yang lain daripada yang lain.  
  4. Orang lain pegang hamster letak atas tapak tangan tapi aku pegang hamster dari belakang badan dia sebab geli nak letak atas tapak tangan, kalau letak atas tapak tangan pun mesti aku akan alas tapak tangan aku dengan sapu tangan atau kain dulu. Walaupun dah banyak kali bela hamster tapi tetap tak berani nak letak dekat atas tangan tanpa beralas. * adik aku pun berani. Kalah aku. 
  5.  Ramai orang kata aku ni berani tapi aku ada satu kelemahan, AKU TAKUT GELAP. Aku tak berani tidur sorang-sorang dalam gelap. *Sanggup pasang lampu sampai ke pagi.. 
  6. Pernah beberapa kali aku menangis sambil gelak.Menangis sambil gelak bukan gelak sampai menangis. Sampai kawan aku yang perasan pun pelik. Lagi best, kawan aku yang dekat sebelah aku pun boleh tak perasan aku tengah menangis. *malu lah bila menangis depan orang. 
  7. Sangat takut dengan belon getah. Seriously. Aku akan jauhkan diri bila Nampak ada orang tengah tiup belon getah dan akan tutup telinga nak-nak lagi bila Nampak orang nak pecahkan. Pelik kan? Kalau mercun takdelah aku jadi macam ni.. Aku pun tak tau kenapa aku takut sangat dengan belon. *pecah rahsia, lepas ni jangan kejar aku dengan belon pulak ye kawan.
  8.  Nafsu makan yang tinggi !  Ramai yang cakap aku badan kurus tapi kuat makan. Sebab kuat makan jugak lah tinggi aku menaik secara mendadak masa form 2. Ramai kawan aku yang jealous. Badan kecik tapi kuat makan. Lagi satu pasal makanan, aku kuat makan pedas. Sangat-sangat kuat makan pedas. Contoh : bila makan sup, kuah sup tu sampai boleh jadi hitam legam, nak pedas punya pasal. Kalau orang lain ada yang dah menangis dah sebab pedas sangat. *aku suka tengok lelaki yang nampak macho tapi bila makan benda pedas nanti mata jadi merah..haha..seriously sangat comel reaksinya ! 
  9.  ANTI kereta WIRA ! seriously..sangat-sangat anti.. Sejak kecik lagi aku ada masalah dengan kereta wira,bukan kereta wira abang aku je tapi kereta wira orang lain jugak, kalau jalan jauh sikit je aku akan jadi lawyer loya dan muntah. Aku sanggup kena tinggal kalau family aku nak pergi jalan-jalan naik kereta wira ataupun sedara mara yang guna kereta wira untuk pergi jalan-jalan. Bagi aku kereta wira ni ada mengeluarkan bau yang pelik, nak-nak lagi bila kita baru masuk kereta tu.. Kalau kereta lain tak tapi aku akan jadi loya sekelip mata atau muntah kalau dah tak tahan sangat kalau ada bau perfume kereta yang kuat, bau durian,bau yang keluar dari kilang (kilang kopi terutamanya) atau bau yang pelik-pelik. Pernah sekali, masa tu aku baru lepas makan, masuk je kereta pakcik aku (kereta wira) aku terus muntah. Tak sampai 5 minit aku duduk dalam tu. Seminit pun aku rasa tak sampai kot..*aku lagi sanggup pakai kereta kancil dari kereta wira bila besar nanti..   
  10.  Fobia naik kereta waktu malam. Bila naik kereta nak-nak lagi waktu malam aku tak akan tidur,aku akan jadi senyap tiba-tiba dan mata aku akan fokus kedepan *macam patung. Aku cuba untuk hilangkan fobia ni tapi susah. *Masa form 2 aku pernah accident waktu malam sampai terbalik kereta,nyaris nak langgar tiang elektrik. Alhamdulillah tak ada yang cedera parah selain kereta kembara yang aku naik. Orang kata tempat tu keras. Accident pun berpunca dari kereta yang tiba-tiba ketepi macam ada orang lain yang kawal stereng kereta tu, bila abang aku cuba untuk kawal,dia jadi tak seimbang lepastu terbalik dan terseret lebih kurang 100meter. Ada orang kata kes kiteorang pelik sebab selalunya orang yang accident kat situ akan cedera parah tak pun meninggal tapi kiteorang bernasib baik sebab satu family terselamat.Alhamdulillah.. So,nasihat aku jangan lupa baca doa bila naik kenderaan ok?

Macam banyak lagi benda yang aku patut tulis tapi dah 10 dah.. hehe~

Gambar-gambar bukti aku follow,like dan add sponsors :














done ! yeah ! harap-harap ada rezeki untuk menang.. Nak sangat-sangat T-shirt GF tu...Tak dapat hadiah lain pun tak apa asalkan dapat T-shirt tu..





You may also like

10 comments:

Kamil Kahar said...

hehe...pembukaan entry da comel...

erm...agak pelik r xley naik kete wira...hehe...dasyat2...well...maybe tu cuma mindset katie je kot...hehe

Pendamba Mawar said...

lagi pelik dia ni..:))

Yuyin Azman said...

hehe..

xtau la... tapi memang anti giler la kereta wira.. x suke x suke..bau kereta wira pelik lagi-lagi bile pasang air-cond..

Yuyin Azman said...

PM : x pe, pelik itu cool ! haha...

ANA D said...

yg comel sape x suke kan..btw awk mmg comel..hehehe..done follow kamu..jgn lupa follow me back k

leeyanahoho said...

cumeyl la blog ni(--__--)

Yuyin Azman said...

btol3.. yeke? hee~ thanks !

thanks follow..nanti saya follow awak balik okey.. :)

Yuyin Azman said...

thanks leeyana.. :)

fiQRa said...

“ Pelik VS comel “

Gud luck dear ♥

Anonymous said...

Nama komik komik kalau dari jepun itu manga ..Sama ..lelaki dlm manga itu hensem..cair kalau tengok .saya jugak digelar pelik oleh kwan kwan saya..Dan kadang kala dipanggil Comel gal..he he..bestla blog akak khatijah