Pemburu Pelangi
Kalau perhatikan IG yuyin, yuyin banyak share tentang GT Dollar.. Mesti ramai yang terpinga-pinga tak faham.. Baiklah, baru-baru ni telah pun diadakan majlis pelancaran besar-besaran di Sime Darby Convention Centre oleh GT Group. Produk yang dilancarkan adalah GT Dollars dan GT Robot. Majlis pelancaran ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin. Yang mengkagumkan yuyin, majlis ini turut dihadiri tokoh korporat dan 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech yang dinamik.

Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin merasmikan majlis.

Comel kan robot ni? inilah GT Wonder Boy yang bakal dilahirkan di Malaysia untuk menjadi peneman manusia. Robot ni boleh menyanyi, menari, siap boleh jadi personal assistant kita lagi tau, hebat kan? rasa nak bawak balik satu je buat teman yuyin study.
 



yuyin juga tepegun melihat gadget-gadget lain seperti GT Watch Smartwatch dan GT Mobile keluaran GT Group ni. Khabarnya kedua-dua gadget ini bakal dijual di Malaysia dan Singapura dalam masa terdekat ini.

Turut dilancarkan, aplikasi GT Dollar.

GT Dollar ni adalah apps yang korang boleh download dari play store atau apps store dengan telefon korang untuk memudahkan korang membeli produk dan servis dengan menggunakan e-wallet. GT Dollar ni adalah sebuah platform yang komprehensif untuk pengguna dan peniaga yang menggalakkan transaksi tanpa tunai di seluruh dunia. Kalau korang keluar lupa bawak duit ke, tertinggal kad bank ke, korang dah tak perlu risau, bayar je guna e-wallet yang ada dekat akaun GT Dollar korang tu(tapi pastkan ada duit lah ye dalam e-wallet tu). Menariknya, pengguna berpeluang mendapatkan promosi dan diskaun pada produk-produk yang ditawarkan di dalam GT Dollar ini. Nak tahu apa yang lagi menarik? haa ni dia

Free RM300 credits! Cepat download sekarang!

Yuyin dah download, korang bila lagi?

Kalau korang nak tahu lebih lagi tentang GT Dollar, GT Wonder Boy dan GT Smartwatch boleh layari www.gtdollar.com dan follow IG @gtdollarmy.
Hai... Yuyin baru je habis jawab paper pertama petang tadi. Ada lagi beberapa hari sebelum paper seterusnya,sebelum tu, kita tulis blog dulu! *sambil tiup sesawang dalam blog ni*

Kalau korang peminat skincare dan makeup dari Korea, korang mesti kena tahu(mesti beli juga) Althea.kr ! Sebab murah sangat dan barang direct terus dari korea. So... ada 3 produk yang yuyin nak sangat-sangat dari Althea sempena Krismas ni(ye yuyin tak sambut, tapi yuyin suka tengok orang bertukar-tukar hadiah...and...yuyin pun nak hadiah jugak! Hiks)

1. Lizly Eyeshadow Palette.
What a gorgeous palette kan?! Sebab yuyin nak sangat sangat sangat palette ni sebab yuyin ada satu je eyeshadow palette(oh sadis!) so this is mine, eyeshadow palette from Catrice, dah setahun dah bersama palette ni, dah bosan dah haha

2. It's Skin Power 10 Formula Q10 Effector.

Ok this one is not for me but for my boyfriend hehe. Dia ada bad skin and his birthday tak lama je lagi so yuyin nak masukkan ni dalam kotak hadiah yang yuyin nak bagi dia nanti(so hadiah pun jadi banyaklah sikit lol), kenapa yuyin nak sangat bagi ni untuk dia? Korang tengoklah sendiri his skin(yuyin tak nak tengok dia makeup tebal mengalahkan pengantin perempuan di hari bahagia kami nanti, tak sanggup nak tengok bakal laki sendiri jadi pondan lol)

3. Laneige Water Sleeping Mask

Kulit yuyin tersangat-sangatlah kering, kulit mengelupas tu memang perkara biasa. Jeles betul bila tengok orang kulit muka glowy dewy sedangkan kulit kita kering macam padang pasir, dah guna macam-macam produk, masih lagi belum jumpa yang terbaik, tapi yuyin dengar banyak sangat positive feedbacks pasal produk ni, teringin sangat nak cuba!

So, ni je(sebenarnya banyak lagi) produk-produk Althea yang ada dalam top 3 wishlist.

2016 bukanlah tahun yang terbaik, besar dan banyak juga dugaan yang yuyin terima tahun ni, harapnya Santa Althea dapat menjadikan pengakhiran tahun 2016 pengakhiran yang baik dengan sekotak #altheaXmasBox di depan pintu, gittew!


Ingat lagi masa yuyin darjah 5, waktu tu kitorang buat jamuan akhir tahun, guru kelas yuyin orderkan pizza Domino's dan itulah pertama kali yuyin rasa pizza dari Domino's. Sebelum tu yuyin bukanlah penggemar pizza dan hanya makan pizza yang dibuat sendiri oleh mama, sebab bagi yuyin pizza yang beli dekat luar tak sedap. Rupanya, ada juga pizza yang sedap! pertama kali makan terus jatuh cinta haha.. Domino's memang lain dari yang lain dan jadi favourite yuyin sampai ke hari ni!

Antara menu yang yuyin baru cuba hari tu....

The best chocolate lava cake everrrr! sebab dia tak terlalu manis, memang yuyin suka sangat!

Kaya + Banana + Cheese = Perfect! 


The Fabulous Four, kombinasi Roasted Chicken Drummets, Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan Mini Cinnadots dalam satu kotak! RM19.90 je. Murah dan sangat mengenyangkan!




Nak tahu part yang paling best? Korang tahu tak, kalau korang beli Fabulous Four tu dan tambah lagi 2 pizza, korang berpeluang memenangi sebuah scooter limited edition SYM Attila Elizabeth! Comel sangat scooter siap ada emoji-emoji. Rare kot!




Macam mana nak menang?
Syarat -Syarat Penyertaan
1. Tarikh peraduan bermula dari 4 Oktober sehingga 13 November 2016

3. Beli mana-mana set The Perfect Deal yang ditawarkan dalam gambar dibawah, bayar secara online.

4. Isi butiran-butiran di bawah, jawab 2 soalan mudah dan submit!


Yang lagi best..... setiap pembelian yang berjaya korang akan dapat e-coupon FREE Regular Pizza bernilai Rm26.80 yang boleh ditebus pada pembelian yang seterusnya. Berbaloi-baloi! cepat cepat order sekarang!
P/s: Lepas join contest jangan lupa doa banyak-banyak ye!